Saturday, January 30, 2016

Masa punch keluar untuk kali terakhir semalam, perkataan terakhir yang aku dengar ialah "i love you". Bila tengok, dari lelaki yang ada anak 3. Hahaha. Nasib baik hari terakhir, kalau tak dah dapat tazkirah tentang pengorbanan seorang isteri macam biasa. Macam biasa maksudnya dah selalu dia cakap i love you. Dengan semua orang pun dia cakap jadi tak terkesan.

CTB
03/10/2011 - 29/01/2016

Lama sangat ingatkan bakal jadi tua dekat sini tapi perancangan-Nya siapa yang tahu. Aku keluar tepat pada masanya. Alhamdulillah. 4 tahun 2 bulan. Terlalu banyak kenangan. Antara pengalaman terbaik yang aku pernah lalui. Antara orang-orang terbaik yang aku pernah jumpa seumur hidup. Masih di bawah 1 organisasi jadi masih banyak peluang nak jumpa lagi.

Mulai 02/02/2016 satu perjalanan baru. Semoga dipermudahkan.

Tuesday, December 8, 2015

Nanti rindu

Tengah borak-borak, gelak-gelak sambil buat kerja,

S : Nad, gelak banyak-banyak ok. Nanti dah tak boleh dengar Nad gelak lagi.
N : Record lah saya gelak. Nanti boleh dengar hari-hari.

S : Dah dapat e-mel jamuan. Terima kasih. Nanti Nad dah pindah takde siapa nak tolong S buat e-mel jamuan lagi.
N : Good luck draft e-mel sendiri nanti. *sambil gelak jahat*.

Sebulan lebih je lagi tinggal. Semua dah asyik nak buat ayat sedih je. Pindah blok depan je pun. Boleh jumpa dekat foodcourt, dekat pasar.

Dah pesan dekat S tak payah buat jamuan, duit untuk makan tu guna buat beli hadiah besar. S cakap mata duitan! Haha. Sepatutnya nak buat jamuan sekali dengan kawan-kawan yang nak pindah hujung tahun ni. Tapi disebabkan aku yang selalu plan jamuan, aku sendiri decide nak buat jamuan diri sendiri tahun depan. Bila jamuan untuk sorang je nanti dapat duit sumbangan banyak sikit. Haha. Genius!

Wednesday, December 2, 2015

Hai.

Assalamualaikum.

Kegilaan apakah tiba-tiba blogging balik ni? Haha. Tiba-tiba rasa rindu. Walaupun banyak membebel dekat twitter, perasaannya tidak sama. Ececeh.

Sebagai post pertama, nak kongsi kegembiraan sikit.

Tadaaaaa....


Selepas 4 tahun lebih. Tak taulah mana datangnya kesabaran menunggu selama 4 tahun tu kerana sesungguhnya aku bukan lah penyabar sangat. Mungkin sebab sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa-doa semua. Ramai sangat yang doakan. Mungkin ada di antara doa-doa tu yang dimakbulkan. 

Dah boleh buka balik impian 5 tahun yang aku buat beberapa tahun lepas. Sikit-sikit nak capai satu-satu. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. 

Ok. Dah. Nak pergi senyum sampai tahun depan. 

P/S : dari dulu sampai sekarang aku masih ada masalah nak fikir nak letak tajuk apa. 😅