Wednesday, December 2, 2015

Hai.

Assalamualaikum.

Kegilaan apakah tiba-tiba blogging balik ni? Haha. Tiba-tiba rasa rindu. Walaupun banyak membebel dekat twitter, perasaannya tidak sama. Ececeh.

Sebagai post pertama, nak kongsi kegembiraan sikit.

Tadaaaaa....


Selepas 4 tahun lebih. Tak taulah mana datangnya kesabaran menunggu selama 4 tahun tu kerana sesungguhnya aku bukan lah penyabar sangat. Mungkin sebab sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa-doa semua. Ramai sangat yang doakan. Mungkin ada di antara doa-doa tu yang dimakbulkan. 

Dah boleh buka balik impian 5 tahun yang aku buat beberapa tahun lepas. Sikit-sikit nak capai satu-satu. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. 

Ok. Dah. Nak pergi senyum sampai tahun depan. 

P/S : dari dulu sampai sekarang aku masih ada masalah nak fikir nak letak tajuk apa. 😅

No comments: